Tuesday, 30 January 2018

SOLAT SUNAT TAUBAT

Ya, manusia itu sifatnya pelupa dan alpa. Malah penuh dengan dosa. Namun, itu tidak bermakna yang kita tidak ada peluang untuk menebus dosa-dosa kita itu. Tidak ada cita-cita atau impian yang lebih besar daripada mendapat redha Allah dan seterusnya mendiami syurga Allah yang hakiki di akhirat nanti.

Maka, segeralah bertaubat. Istighfar dan memohon keampunan Allah. Allah kan Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah sangat suka apabila hamba-Nya sentiasa ingat dan memohon ampun kepada-Nya.
Jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah. Jika sudah bertaubat, namun kemudiannya kembali mengulangi dosa itu kembali, teruskan taubat! Taubat, taubat dan taubat sehinggalah ajal menjemput kita.
“Maka Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”Surah an-Nuh: ayat 10-12
Berbalik kepada soal solat taubat. Secara mudah, cara solat taubat lebih kurang sama sahaja sepertimana solat sunat yang lain. Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Namun lebih baik sekiranya solat ini dilakukan pada waktu tengah malam atau sepertiga malam ketika suasananya lebih sunyi dan tenang.
Asas Solat Taubat
1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Melaksanakan Solat Taubat
1. Niat solat taubat
Niat
Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan semasa solat
Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Tasbih
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.
4. Beristighfar
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.
1. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.
istighfar
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
2. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.
istighfar2
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
3. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali
istighfar3
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”
5. Baca doa taubat
Bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT. Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah.
Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah seolah-olah sekejap lagi kita akan mati. Pasti kita akan berdoa dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.
Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Ambil masa dan muhasabah diri setiap hari. Saban hari, ada saja dosa yang kita lakukan. Bersihkan kembali diri kita daripada dosa dengan membanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada-Nya. Amalkan solat sunat taubat setiap hari jika boleh.
Mari kita renungkan, Rasulullah s.a.w yang bebas dosa itu pun beristighfar tidak kurang dari 70 kali setiap hari. Jadi, sudah tentu kita manusia yang setiap detiknya sentiasa menambah koleksi dosa seharusnya lebih banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah

By: IDHAM AIMAN

PANDUAN MENETUKAN ARAH KIBLAT



Oleh:Ammar Azraei

Monday, 22 January 2018

SOLAT JAMAK

DEFINISI
Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat jamak, harus juga solat qasar. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat Subuh tidak boleh dijamakkan.
Menurut pendapat imam Syafi’i, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih dari empat hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar dan jamak. Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.
Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti kalau bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau esok”, maka maka dibolehkannya mengqasar dan jamak itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.

JAMAK TAKDIM
Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

SYARAT SYARAT JAMAK TAKDIM
1.     Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
2.     Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
3.     Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
4.     Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu

JAMAK TAKHIR
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua

SYARAT SYARAT JAMAK TAKHIR
1.     Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.

2.     Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.

BY: IDHAM AIMAN

SOLAT JUMAAT

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ianya dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.

Syarat wajib solat Jumaat:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat:
1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Syarat sah Khutbah Jumaat:
1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2. Memotong kuku.
3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
4. Bersugi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7. Bersegera pergi ke masjid.
8. Berniat iktikaf.
9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

SUMBER : JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
BY MOHAMMAD ALI AR-REDHA

Sunday, 21 January 2018

PERKARA MAKRUH DAN MEMBATALKAN SOLAT

Solat ialah tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah menjadikan alam ini untuk kita hidup dengan segala macam nikmatnya. Ia perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah perkara yang pertama sekali dihisab di akhirat nanti.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda ;
“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya. Jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla berfirman ;
“Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya? Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardhu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu.”
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425, 1426)

Bermula semasa kita mengambil wudhuk sehingga tamat solat sama ada solat fardhu atau pun sunat, hendaklah dilakukan dengan sempurna. Ini bagi memastikan solat kita diterima oleh Allah SWT.
Mungkin selama ini kita tidak tahu bahawa ada perkara yang boleh membatalkan solat yang telah kita lakukan. Mungkin juga kita ragu-ragu dalam sesuatu hal. Oleh itu, disenaraikan di sini 11 perkara yang boleh membatalkan solat kita iaitu:
1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.
2. Berhadas besar atau kecil semasa dalam solat.
3. Terkena najis pada anggota badan, pakaian dan tempat solat.
4. Berkata-kata dengan sengaja walaupun sedikit. Ini juga termasuklah ketawa.
5. Sengaja mendedahkan aurat atau tidak sengaja segera menutupnya kembali apabila auratnya terbuka.
6. Makan dan minum.
7. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti bergerak tiga langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturut-turut.
8. Dengan sengaja melebihkan rukun fi’li iaitu perbuatan di dalam solat. Contohnya, menambah rukuk dan sujud.
9. Mengubah niatnya iaitu seperti berniat memutuskan solat ataupun ragu-ragu sama ada hendak memutuskan solat atau tidak.
10. Berpaling daripada menghadap kiblat dengan memusingkan dadanya kekiri atau ke kanan.
11. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.
Kita juga perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang makruh ketika solat. Seeloknya, elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara makruh ini:
1. Bercekak pinggang.
2. Melihat ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang.
3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk ketika membaca tahiyyat.
4. Meludah.
5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak teratur.
6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali jika terpaksa.
7. Membuka mulut lebar-lebar semasa menguap dalam solat.
8. Menahan lapar dan menahan daripada membuang air sedangkan ia amat mendesak.
9. Kalau bilal sudah iqamat untuk mengerjakan solat fardhu, maka makruh untuk mengerjakan solat yang lain lagi melainkan solat yang fardhu itu sahaja.
BY AFNAN HAMDI

SEJARAH SOLAT

Acapkali kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalam yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga.
Sebelum solat lima waktu diwajibkan kepada umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat malam. Firman Allah s.w.t ;
“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya).”Surah al-Muzzammil:1-2
Selepas itu, melalui firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 20, memberi keringanan dalam kewajipan solat malam. Ia diganti dengan qiyamullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.
Kemudian kewajipan ini juga diringankan dengan perintah solat wajib lima waktu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Pada awalnya, Allah s.w.t memerintahkan solat 50 waktu dalam sehari semalam kepada Rasulullah s.a.w.
Baginda pun menerima perintah itu dan ingin kembali ke bumi. Tetapi di langit keenam, Baginda bertemu Nabi Musa a.s lalu ditanya mengenai perintah yang diberikan Allah kepada Baginda s.a.w.
Lalu baginda menjawab, perintah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam telah diberikan kepadanya oleh Allah s.w.t. Nabi Musa a.s pun menasihatkan Rasulullah untuk kembali bertemu Allah s.w.t bagi meminta untuk jumlah itu dikurangkan.
Umat sebelum ini juga gagal melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah inikan pula untuk umat Nabi Muhammad melakukan solat 50 waktu sehari semalam, pesan Nabi Musa a.s.
Rasulullah s.a.w menerima nasihat itu lalu Baginda pun kembali menghadap Allah s.w.t untuk meminta pengurangan. Lalu jumlah itu dikurangkan kepada 40.
Nabi s.a.w turun semula ke langit keenam bertemu Nabi Musa a.s yang kemudian mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi;
“Umatmu masih belum mampu melakukannya wahai Muhammad.”
Begitulah seterusnya berulang kali, sehingga jumlah tersebut berkurang menjadi lima waktu. Selepas perintah itu bertukar menjadi lima waktu sahaja, Nabi s.a.w turun bertemu Nabi Musa yang mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi. Namun, baginda s.a.w bersabda;
“Aku telah berulang kali memohon keringanan kepada Rabbku, sehingga aku berasa malu. Aku reda dan menerima perintah tersebut.”
Kemudian Nabi s.a.w kembali ke bumi dengan membawa perintah solat lima waktu itu. Semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib tiga rakaat pada waktu awal solat dperintahkan wajib.
Selepas berhijrah ke Madinah, Rasulullah s.a.w mendapat wahyu agar tiga waktu solat iaitu Zuhur, Asar dan Isyak ditambah dua rakaat setiap satu sehingga menjadi empat rakaat. Waktu solat Maghrib dan Subuh kekal dengan tiga dan dua rakaat.
Begitulah secara ringkasnya tentang sejarah solat yang dititikmulakan dari peristiwa Israk Mikraj.
Bagaimanakah sekiranya Rasulullah s.a.w tidak mahu berusah payah berulang kali menemui Allah dan meminta waktu solat dikurangkan?
Sehingga hari ini, pada waktu solat yang lima waktu ini saja, kita masih malas, melenggahkan bahkan enggan, sedangkan hikmah dan ganjaran pada solat itu sangatlah besar.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang tidak lalai dalam mendirikan solat.

BY AFNAN HAMDI

KAIFIAT SOLAT JAMAK DAN QASAR



Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

BY ARIF AFIFI

KAIFIAT SOLAT JENAZAH

Berbeza dengan solat yang lain, cara Solat Jenazah ada sedikit keunikan di mana ia tidak perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat. Tetapi, ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan salam (semasa berdiri).

HUKUM SOLAT JENAZAH

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.
Sabda Rasulullah SAW
Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”(Riwayat Ibn Majah)
Foto Kredit: new-muslims.info
Foto Kredit: new-muslims.info

SYARAT-SYARAT SOLAT JENAZAH

  1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.
  1. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.
  2. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.
Foto Kredit: missionislam.com
Foto Kredit: missionislam.com

CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP BESERTA DOA & MAKSUDNYA

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:
niat-solat-jenazah-0

2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KE-2 DIIKUTI SELAWAT

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.
Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.
Selawat yang pendek ialah:
image003
Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda
Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:
image005
Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi
rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan
para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para
keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia

4. TAKBIR KE-3 DIIKUTI DOA

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.
Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:
image007
Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:
image017
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya
Doa yang panjang dan sempurna serta afdhal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image008
Bagi jenazah perempuan:
image018
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.
 Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa tersebut di atas dengan doa yang di bawah.
Sekurang-kurangnya ialah:
image010
Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah
image012
Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan (amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya. Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu.”

5. TAKBIR KE-4 DIIKUTI DOA

Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.
Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:
image020
Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:
image023
Maksudnya: Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image021
Bagi jenazah perempuan:
image024
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

6. MEMBERI SALAM

Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.

7. MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH

Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdhalnya diikuti dengan membaca doa pula.
Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:
image026

Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:
image028


Jika jenazah itu kanak-kanak doanya ialah:
image029

Maksudnya:
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.
Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.
Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

Ringkasnya, cara solat jenazah boleh digambarkan dalam ilustrasi ini:
cara solat jenazah
Foto Kredit: ustaznoramin.com

cara solat jenazah

Foto Kredit: civillislamica.it

BANYAK HIKMAH SOLAT JENAZAH

Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan memohon rahmat kepada jenazah.
Diharap dengan panduan dan cara solat jenazah ini, kita akan dapat menunaikan Solat Jenazah dengan sempurna.

BY ARSYAD ROSMAN