DEFINISI
Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir
ialah dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu,
iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu
yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak itu merupakan
satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan
sempurna seperti biasa.
Orang yang musafir yang
memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat jamak, harus
juga solat qasar. Maksud solat jamak ialah
menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan
solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama,
sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat Subuh tidak boleh
dijamakkan.
Menurut pendapat imam
Syafi’i, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih dari empat
hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar dan jamak.
Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.
Hanya dalam salah satu
pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti kalau bermukimnya
seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama
menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau esok”, maka maka
dibolehkannya mengqasar dan jamak itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas
hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.
JAMAK TAKDIM
Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat
Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib.
Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum
masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.
SYARAT SYARAT JAMAK TAKDIM
1.
Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya
mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama,
kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’
yang dikira solat kedua.
2.
Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang
empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang
afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
3.
Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan
tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
4.
Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang
pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat
jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu
JAMAK TAKHIR
Jamak
Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat
Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan
Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke
solat yang kedua
SYARAT SYARAT JAMAK TAKHIR
1.
Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang
pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar,
sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram
mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’
pada waktu yang kedua.
2.
Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat
yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua
nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
BY: IDHAM AIMAN
BY: IDHAM AIMAN
No comments:
Post a Comment