Saturday, 13 January 2018

RUKUN - RUKUN WUDHU'



Surah Al – Maidah, ayat 06;


ياءيها الذين ءامنوا اذا قمتم الى الصلوة فاغسلوا وجوهكم وايديكم الى المرافق ومسحوا برءوسكم وارجلكم الى الكعبين                         


“Wahai orang – orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan ketika itu kamu berhadas kecil), maka (berwudhu’ lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…”
                                    
  •      Niat;

نويت الوضوء لله تعالى                                      

 “Sahaja aku mengambil wudhu’ kerana Allah ta’ala.”

  •      Membasuh keseluruhan muka

Bermula cuping telinga kanan hingga cuping telinga kiri dan dari tempat tumbuhnya rambut sehingga bawah dagu. Sekiranya anda mempunyai janggut, maka hendaklah menyelati jari kedalam janggut.

  •      Membasuh kedua – dua belah tangan hingga ke siku

Disunatkan untuk melebihi basuhan (bukan bilangan) akan tetapi melebihi bahagian siku.

  •      Menyapu sebahagian kepala

Disunatkan untuk membasuh keseluruhan kepala (bukan rambut)1.

  •      Membasuh kedua – dua belah kaki hingga buku lali

Disunatkan untuk melebihi basuhan (bukan bilangan) akan tetapi, melebihi bahagian buku lali.

  •      Tertib (mengikut urutan)

Tidak sah jika berterabur (tidak mengikut urutan yang diatas).

1 – jika rambut yang diwajibkan, maka bagaimana pula bagi orang yang tidak mempunyai rambut?
  

BY ARSYAD ROSMAN

No comments:

Post a Comment